Isnin, 18 April 2011

Pemilik suara hantu dalam filem Scream


Anda peminat filem seram bersiri Scream? Sekarang filem Scream 4 sedang ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Namun tahukah anda siapakah pemilik suara yang menyeramkan setiap kali panggilan telefon dibuat kepada mangsa-mangsa di dalam filem tersebut. Ya, aku tahu, bukan urusan anda, cuma sekadar nak beritahu.

Suara tersebut adalah milik Roger L. Jackson (rasanya bukan adik beradik Samuel L. Jackson). Selain daripada menyumbangkan suara untuk watak Ghostface di dalam filem Scream, Roger L. Jackson juga banyak menyumbangkan suara untuk filem animasi, kartun dan permainan video antaranya ialah watak Mojo Jojo di dalam siri kartun The Powerpuff Girls.

sumber: wikipedia

Tiada ulasan: