Jumaat, 15 April 2011
Filem kanibal Malaysia pertama
Ketepi semua hantu rambut panjang, bagi laluan kepada filem seram terbaharu James Lee (Histeria, Sini Ada Hantu).
Pembunuh Kari Periuk Tanah, itulah judul filemnya bila diterjemah ke bahasa Melayu. Dalam bahasa Inggerisnya The Claypot Curry Killers (jenuh aku bukak kamus nak cari maksudnya) mungkin akan menjadi fenomena terbaru dalam filem seram Malaysia. Sayangnya filem ini berbahasa Mandarin (mungkin risau penonton Melayu tidak dapat menerima filem ini).
Ia mengisahkan satu keluarga yang dianggotai oleh tiga orang gadis dan ibu mereka mengusahakan sebuah restoran yang popular dengan masakan kari periuk tanah. Ramai pelanggan restoran tersebut tidak mengetahui bahawa ramuan yang menjadi rahsia istimewa masakan tersebut adalah diri mereka sendiri.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan