Jumaat, 15 April 2011

Filem ke-100 Jackie Chan

Setelah muncul dengan dua buah filem bercorak epik iaitu Little Big Soldier dan Shaolin, Jackie Chan seolah-olah sinonim pula dengan filem bercorak sebegitu.

Filem terbaharu Jackie Chan, yang juga filem ke-100 untuk dirinya, juga merupakan sebuah filem epik untuk meraikan ulang tahun ke-100 Revolusi Xinhai di China.

Filem berjudul 1911 akan melihatkan Jackie Chan buat pertama kali memegang watak sebagai komander tentera China bernama Huang Xin yang juga merupakan pengasas Parti Kuomintang dan Republik Rakyat China. Huang Xin juga adalah orang kuat kepada Dr. Sun Yat Sen.

Turut berlakon di dalam filem ini ialah anak Jackie Chan sendiri iaitu Jaycee Chan, Winston Chao, Li Bingbing dan Joan Chen. Filem ini bukanlah filem komedi seperti filem-filem lakonan Jackie Chan sebelum ini dan sesuai dengan wataknya sebagai Pegawai Tertinggi Angkatan Tentera, Jackie Chan akan lebih banyak menumpukan pada segi lakonan dan amat sedikit menggunakan stunt dan seni mempertahankan diri.

Tiada ulasan: