Jumaat, 15 April 2011

Suara kumpulan The Beatles sepatutnya digunakan dalam filem The Jungle Book

Burung hering di dalam filem The Jungle Book

Kumpulan The Beatles sepatutnya meminjamkan suara mereka untuk watak burung hering di dalam filem animasi Walt Disney The Jungle Book. Bagaimanapun idea tersebut telah ditolak mentah-mentah oleh John Lennon.

Menurut John Lennon, tidak mungkin kumpulan The Beatles akan menyanyi untuk Mickey Mouse.

The Beatles

Watak empat ekor burung hering di dalam filem The Jungle Book memang diinspirasikan daripada kumpulan The Beatles, terutama sekali gaya rambut burung hering tersebut yang dilukis menggunakan gaya mop-top, gaya unik The Beatles.

sumber: omg-facts.com

Tiada ulasan: