Rabu, 2 Mac 2011

Zul Huzaimy

Nama sebenar Zul Huzaimy ialah Zul Huzaimy Marzuki, dilahirkan pada 12 Disember 1978 di Grik, Perak.

Zul Huzaimy merupakan bekas penuntut Akademi Seni Kebangsaan dan memiliki Diploma Seni Persembahan daripada akademi tersebut.

Zul Huzaimy melibatkan diri dalam bidang teater sejak tahun 1997. Zul Huzaimy juga dikenali sebagai pelakon drama dan juga filem. Watak jahat adalah sinonim kepada Zul Huzaimy namun ada juga watak yang dibawanya sebagai protagonis.

Zul Huzaimy pernah menerima anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-21 untuk filem Wayang arahan Profesor Hatta Azad Khan.

Filem terbaru lakonan Zul Huzaimy ialah filem Haq digandingkan bersama pelakon Ady Putra.

Zul Huzaimy telah dipilih menjadi Pengetua untuk Rumah Aktor Seniman, sejenis akademi yang dikelolakan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) untuk mencari pelapis dalam bidang seni dan lakonan.

FILEM-FILEM LAKONAN ZUL HUZAIMY

Lang Buana (2003)
KL Menjerit 1 (2005)
Remp-It (2006)
Syaitan (2007)
Cinta Yang Satu (2007)
Impak Maksima (2007)
Anak Halal (2007)
Senario The Movie: Episod 1 (2008)
Wayang (2008)
Lembing Awang Pulang Ke Dayang (2009)
Haq (2011)


DRAMA-DRAMA LAKONAN ZUL HUZAIMY

Ombak Laut Cina Selatan
Salam Sakaratul Maut
Kelab Wayang Gambar
Pantang
Salam Terakhir
Cinta Sang Gembala
Semanis Buah Ceri
Pusaraku Pelamin Ayah
3 Dara
Kau Laksana Bulan
Lembrata Pak Lang Husin
Mentari Jingga
Bukan Aku Tak Cinta
Denai Berbisik

TEATER LAKONAN ZUL HUZAIMY

Hamlet
Alang Rentak Seribu
Tengku Anum
Gedebe

Sumber: Kosmo!, Sinema Malaysia, www.liriklagumuzik.co.cc

Tiada ulasan: