Rabu, 2 Mac 2011

Trivia Shila Amzah


Nama penuh Shila ialah Nur Shahila Amir Hamzah dilahirkan pada 13 Ogos 1990.

Shila merupakan anak pertama daripada empat adik-beradik dan merupakan anak kepada pelakon N.D. Lala.

Kerjaya seni Shila bermula sejak zaman kanak-kanak. Dia pernah dikenali dengan nama Shila Tekno dan mempunyai laman web interaktifnya sendiri.

Kerjaya seni Shila bertambah apabila dia bergelar naib juara program realiti One In A Million musim kedua.

Kini Shila dikenali dengan nama Shila Amzah.

Meskipun album Shila tidak begitu laris, Shila laris sebagai duta dan model untuk beberapa produk seperti Coca-Cola, Walls Cornetto, Colgate, Tinge dan Safi Balqis.

Shila Amzah berkolaborasi bersama Jaclyn Victor dan Ning Baizura di dalam album terbaru berjudul 3 Suara yang dipasarkan pada 6 Januari lalu.

Shila Amzah juga telah dipilih untuk menjayakan konsert Asia Star Session pada Festival Voice of Astana sempena 7th Winter Asian Games di Kazakhstan pada 30 Januari sehingga 5 Februari 2011.

sumber: Kosmo!

Tiada ulasan: