Khamis, 3 Mac 2011

Ady Putra


Nama penuh Ady Putra ialah Mohamed Hadi Putera Bin Halim, dilahirkan pada 26 Februari 1981 di Singapura. Ady Putra merupakan lulusan Diploma Kejuruteraan Penerbangan daripada Institut Pendidikan Teknikal Singapura.

Ady Putra mula melibatkan diri dalam bidang seni di Singapura sejak tahun 2003.

Ady Putra mula diperkenalkan di Malaysia menerusi drama Haryati 2 arahan Erma Fatima namun drama Mya Zara yang telah melonjakkan namanya di persada seni tanahair.

Filem pertama yang dilakonkan oleh Ady Putra ialah Anak Halal arahan Osman Ali. Filem terbaru yang dibintangi oleh Ady Putra ialah Haq di mana dia melakonkan watak sebagai antagonis bernama Bad.

Ady Putra juga mempunyai bakat menyanyi dan pernah merakamkan album berjudul Kelahiran pada tahun 2008.

Ady Putra bakal muncul di dalam filem Don 2 memegang watak sebagai peguam kepada Don yang dilakonkan oleh Shah Rukh Khan.


FILEM-FILEM LAKONAN ADY PUTRA

Anak Halal (2007)
Akhirat (2008)
Histeria (2008)
Haq (2011)
Hanyut (2011)
KL Gangster (?)
Don 2 (?)


DRAMA-DRAMA LAKONAN ADY PUTRA

Haryati 2
Aku Cinta Padamu
Kelahiran Teristimewa
Akukah Tanggang?
Mat Jenin
Mya Zara
Kala Hati
Na O Mei
Air Mata Salina
Emily
Cinta
Dakapan Senja
Chinta
Samson & Delaila
Mantera Anjasmoro


TEATER LAKONAN ADY PUTRA

Rubiah
Sri Mersing

Sumber: Kosmo!, Sinema Malaysia

Tiada ulasan: