Jumaat, 4 Mac 2011

Pornografi, pro dan kontra


Menurut satu kajian, dianggarkan lebih 27 peratus remaja terbabit dalam seks bebas kerana kemudahan mendapatkan bahan lucah semakin terbuka.

Video-video lucah semakin senang diperolehi dan ditonton akibat berkembangnya teknologi yang memudahkan penyebaran video-video ini melalui SMS dan internet.

Pada tahun 2009 seorang pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 60 peratus kes perzinaan berpunca daripada menonton video dan bahan lucah.

Kes membuang bayi yang semakin meningkat juga berpunca daripada menonton bahan-bahan lucah.

Menurut penyelidik di Pusat Penyelidikan Seks, Kesihatan dan Masyarakat Australia, Universiti La Trobe, Melbourne, Australia iaitu Michael Flood, kanak-kanak yang sering menonton filem porno menganggap kekerasan dalam hubungan seksual adalah perkara biasa.

Michael Flood juga mendapati pornografi memberikan kesan negatif kepada individu dan juga komuniti.

Flood juga menyifatkan video pornografi adalah sumber pembelajaran seks yang salah kerana aksi yang ditunjukkan adalah keterlaluan dan mempamerkan kekerasan lelaki terhadap perempuan.

Pada tahun 2010 Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) menerima laporan mengenai kes perkosa yang melibatkan kira-kira 33 orang kanak-kanak.

Di Amerika Syarikat pula dianggarkan kanak-kanak dan remaja lelaki berumur 12 hingga 17 tahun adalah golongan terbesar yang menonton video lucah kategori ekstrem.

Suruhanjaya Kajian Pornografi Kebangsaan Amerika Syarikat mendapati pada tahun 1970 dan 1968, seorang daripada lima kanak-kanak lelaki serta seorang daripada 10 kanak-kanak perempuan mendapat pendedahan pertama kepada filem lucah seawal usia 12 tahun.

Bagaimanapun di China, satu kajian mendapati dengan menonton video pornografi mampu mengatasi masalah ejakulasi pramatang.

Sementara di Singapura pula, seorang doktor menyatakan dengan menonton video pornografi dan melakukan onani mampu untuk merangsang pengeluaran hormon lelaki dan membantu pesakit memperbaiki kehidupan seks mereka.

Sumber: Kosmo!, majalah iSihat.

Tiada ulasan: