Jumaat, 18 Mac 2011

Yoshida Brothers


Yoshida Brothers dianggotai oleh dua orang adik beradik iaitu Ryoichiro Yoshida dan Kenichi Yoshida.

Yoshida Brothers berasal dari Noboribetsu, Hokkaido, Jepun.

Alat muzik yang dimainkan oleh Yoshida Brothers ialah Shamisen, sejenis alat muzik tradisional Jepun yang seakan-akan gitar tetapi mempunyai tiga tali.

Shamisen dicipta pada abad ke-16 sewaktu zaman pemerintahan beraja Ryukyu.

Yoshida Brothers mula mempelajari alat muzik Shamisen sejak mereka berumur lima tahun.

Pada tahun 1999 Yoshida Brothers telah memenangi sebuah pertandingan di Konvensyen Tsugaru Shamisen Kebangsaan.

Album sulung Yoshida Brothers berjudul Ibuki telah dihasilkan pada tahun 1999 dan album ini telah terjual sebanyak 100,000 unit.

Yoshida Brothers kemudian membuat pembaharuan dalam muzik mereka dengan menyelitkan elemen-elemen yang berentak moden seperti muzik pop.

Yoshida Brothers telah melahirkan sebanyak 11 buah album dan telah meraih beberapa anugerah seperti Traditional Japanese Music Album of the Year dan New Master of the Shamisen in J-Pop World.

Yoshida Brothers juga telah membuat persembahan di negara-negara seeprti Korea Selatan, Kanada, Australia, Hong Kongn, Taiwan, Amerika Syarikat, Eropah dan Malaysia.

Mereka juga pernah menghasilkan lagu berjudul Nabbed yang dimuatkan ke dalam album soundtrack untuk filem animasi The Nightmare Before Christmas arahan Henry Selick dan diterbitkan oleh Tim Burton.

Sumber: Kosmo!, wikipedia.

Tiada ulasan: