Khamis, 17 Mac 2011

Gamelan


Perkataan gamelan berasal daripada perkataan Jawa iaitu gamel yang bermaksud memukul ataupun tukul.

Orkes gamelan kebanyakannya terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali dan Lombok.

Gamelan di Malaysia mula bertapak di Riau Lingga, kemudian ke Pahang dan akhir sekali ke Terengganu.

Pada tahun 1972, Kerajaan Negeri Terengganu menubuhkan Joget Gamelan Setia Usaha Kerajaan Terengganu (SUKTRA).

Rakyat jelata hanya mengetahui seni muzik gamelan pada tahun 1962 apabila muzik itu pertama kali dirakam dan disiarkan oleh Radio Malaya.

Muzik itu semakin dikenali selepas Festival Muzik dan Drama Asia Tenggara di Universiti Malaya pada tahun 1969.

Alat-alat muzik gamelan:
  • Bonang atau keroming
  • Gambang
  • Saron Pekin
  • Saron Barong
  • Kenong
  • Gendang
  • Gong


sumber: www.istanabudaya.gov.my, gamelanmelayu.blogspot.com, Kosmo!

Tiada ulasan: