Selasa, 22 Mac 2011

Poster filem Melayu paling menarik setakat ini

Tajuk entri di atas mengikut pandangan aku.

Aku rasa poster filem Melayu di Malaysia sudah ada peningkatan dan perubahan. Tidak lagi lame dan membosankan seperti dulu. Malahan ada poster-poster filem Melayu yang menampilkan sesuatu yang abstrak dan bernilai seni.

Antara poster-poster filem Melayu yang ada, poster yang satu ini amat menarik perhatianku. Dengan judul filem yang agak brutal (sebenarnya nama tempat di Kelantan, berhampiran dengan sempadan Thailand), posternya juga agak barbarik, mengingatkan aku kepada filem-filem seperti Terminator ataupun Conan the Barbarian.

Bunohan arahan Dain Said yang pernah mengarahkan filem biografi seram berjudul Dukun yang masih belum dapat ditayangkan di pawagam. Filem ini asalnya diberi judul Bunga Lalang tetapi kemudian ditukar kepada Bunohan. Dibintangi oleh Zahiril Adzim, Faizal Hussein dan Pekin Ibrahim. Melihat kepada judulnya sahaja kita sudah dapat mengagak apa yang cuba diketengahkan dalam filem ini. Plot utama filem ini ialah pertandingan tomoi namun diselitkan juga dengan kisah dendam, pembunuhan dan jenayah. Yang menarik tentang filem ini, ia tidak menampilkan hero dan penjahat seperti kelaziman filem Melayu.

Sebuah lagi filem Melayu dalam senarai untuk aku tonton.

Tiada ulasan: