Selasa, 22 Mac 2011

Penjenayah menentang kuasa jahat


Ketika masih bersekolah dahulu aku pernah menonton filem berjudul Billy the Kid vs Dracula, sebuah filem klasik bergenre weird western mengisahkan tentang penjenayah legenda Amerika Syarikat, Billy the Kid yang berhadapan dengan musuh paling menggerunkan, Dracula.

Kemudian aku menonton pula filem Jesse James Meets Frankenstein's Daughter yang menggunakan formula yang sama, menggabungkan legenda Amerika dengan makhluk yang menyeramkan.

Aku tidak menyangka bahawa formula sebegitu masih diteruskan. Filem terbaru yang meneruskan legasi filem-filem tersebut ialah Bonnie and Clyde vs Dracula.

Meskipun judul filem ini agak biasa namun ia tetap menarik hati untuk menontonnya. Cuba bayangkan, pasangan penjenayah legenda Bonnie and Clyde berhadapan dengan kuasa luarbiasa seperti Dracula. Hebat bukan??

Sebuah lagi filem yang menggunakan idea yang hampir sama, tetapi bukan bergenre seram ialah Cowboys & Aliens diarahkan oleh Jon Favreau dan dibintangi oleh Daniel Craig (James Bond) dan Harrison Ford (Indiana Jones).

TRAILER BONNIE AND CLYDE VS DRACULA

TRAILER COWBOYS & ALIENS

Tiada ulasan: