Rabu, 23 Mac 2011

Berbakti kepada ibubapa


Riyadhus Solihin-Imam An-Nawawi-

Dari Abu Usaid iaitu Malik bin Rabi'ah as-Sa'idi Radhiyallahu 'anhu , katanya:

"Pada suatu ketika kita semua duduk-duduk di sisi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam , tiba-tiba datanglah kepadanya seorang lelaki dari Bani Salamah.

Orang itu bertanya: "Ya Rasulullah, apakah masih ada sesuatu amalan yang dapat saya amalkan sebagai kebaktian saya kepada dua orang tuaku setelah keduanya meninggal dunia?"

Beliau Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Ya, masih ada. Iaitu mendoakan keselamatan untuk keduanya, memohonkan pengampunan kepadanya, melaksanakan janji kedua orang itu setelah wafatnya, mempereratkan hubungan kekeluargaan yang tidak dapat dihubungi kecuali dengan adanya kedua orang tua itu serta memuliakan sahabatnya." (Riwayat Abu Dawud)

Dipetik dari laman web dakwahperak.org

Tiada ulasan: