Selasa, 22 Februari 2011

Yik Foong Blues


Hari ini program Rock Selamba di Muzik FM menyiarkan lagu Yik Foong Blues dari kumpulan SYJ. Segera minda aku mengimbau akan kenangan di Kompleks Yik Foong sewaktu zaman persekolahan dahulu.

Kompleks Yik Foong yang terletak di Jalan Laksamana berhampiran Super Kinta (sekarang Super Kinta telah ditutup dan tempat ini dikenali sebagai Pasar Besar Ipoh, namun nama Super Kinta tetap sinonim bagi penduduk di Ipoh) memang menjadi tempat berkumpulnya rockers-rockers pada zaman hair metal dan glam metal dulu (era 80'an - 90'an) selain Bazar Yau Tet Shin (Bazar Bulat) yang kini telah dirobohkan.

Dahulu Kompleks Yik Foong juga menjadi tempat remaja dan pelajar sekolah menghabiskan masa pada hujung minggu kerana terdapat pusat permainan video dan lokasinya yang berhampiran panggung wayang seperti panggung Cathay dan Lido (kini kedua-dua panggung wayang tersebut telah ditutup, meskipun bangunannya masih kukuh. Panggung Lido telah dijadikan restoran Cina manakala panggung Cathay telah dijadikan kedai menjual pakaian murah).

Lagu Yik Foong Blues dimuatkan dalam album Khudrat terbitan tahun 1990.

Tiada ulasan: