Rabu, 23 Februari 2011

Kajian-kajian pelik


Pada tahun 2007, satu penyelidikan telah dibuat oleh Sekolah Perubatan Universiti Michigan, Amerika Syarikat. Penyelidikan itu mendapati lelaki atau wanita tua yang memiliki harta melebihi RM300,000 kurang merasai kesakitan ketika hendak meninggal dunia.

Penyelidik juga mendapati mereka yang kaya ini kurang berdepan dengan masalah seperti kemurungan dan sesak nafas. Ini disebabkan harta yang mereka miliki membolehkan mereka mendapat rawatan dan perkhidmatan keselamatan yang lebih baik.

Pada tahun yang sama, seorang profesor psikologi bernama Frank McAndrew di Kolej Knox, Amerika Syarikat telah membuat kajian mengenai tabiat bergosip.

McAndrew mendapati gosip adalah lumrah bagi manusia. Manusia berasa seronok setiap kali bergosip kerana bergosip dan bercerita kepada seseorang membantu mengeratkan perhubungan.

Apa pendapat anda?

Sumber: Majalah Harmoni edisi Ogos 2007

Tiada ulasan: