Selasa, 22 Februari 2011

Beyoncé Knowles


Beyoncé ialah seorang penyanyi R&B, pencipta lagu, penerbit rekod, pelakon dan model. Nama sebenarnya Beyoncé Giselle Knowles, dilahirkan pada 4 September 1981. Beyoncé pernah menjadi penyanyi untuk kumpulan trio Destiny's Child pada tahun 90'an.

Beyoncé dipilih sebagai Billboard's Top Female Artist of the 2000's pada bulan Disember 2009 dan RIAA's Top Certified and Best Selling Overall Artist of the Decade pada bulan Februari 2010. Beyoncé juga memenangi anugerah Artist of the Decade Awards pada NRJ Music Awards yang berlangsung dalam bulan Februari 2010.

Beyoncé adalah antara artis yang paling berpengaruh abad ini dan mencatatkan jualan album mengatasi 130 juta apabila digabungkan dengan pencapaiannya ketika menganggotai Destiny's Child.

Tiada ulasan: