Rabu, 9 Februari 2011

Trivia Vanidah Imran


Nama Vanidah Imran atau Vee mula popular selepas filem Red Kebaya, sejak itu dia terlibat dalam banyak filem seperti Misteri Jalan Lama, Magika, Papadom, Akhirat, Cinta dan Sepi.

Vee juga terlibat dalam teater Siti di Alam Fantasi sebagai Ratu Labah-labah bersama Liyana Jasmay yang dipersembahkan pada 22 Disember hingga 31 Disember 2010 di Istana Budaya.

Vee pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007.

Vanidah Imran kini mengacara rancangan Nona yang disiarkan setiap Ahad di TV3, menggantikan tempat Maya Karin.

Sebelum berlakon, Vee pernah menyandang gelaran Miss Selangor/Malaysia 1993, Miss Selangor Photogenic 1993, Miss Malaysia/World Photogenic 1993 dan tempat kedua Miss Malaysia/World 1993.

Vanidah Imran merupakan pelakon kelahiran Pulau Pinang.

Filem-filem Lakonan Vanidah Imran

Putera (1995)
Cinta Metropolitan (1996)
Badai Mentera (1998)
Perempuan Melayu Terakhir (1999)
KL Menjerit (2002)
Mami Jarum (2002)
Mami Jarum Junior (2003)
Hingga Hujung Nyawa (2004)
Makar (2004)
Tujuh Perhentian (2004)
Main-Main Cinta (2006)
The Red Kebaya (2006)
Cinta (2006)
Budak Lapok (Suara) (2007)
Akhirat (2008)
Apa Kata Hati (2008)
Sepi (2008)
Histeria (2008)
Setem (2009)
Papadom (2009)
Lu Pikirlah Sendiri (2010)
Magika (2010)
Misteri Jalan Lama (2011)


Drama Lakonan Vanidah Imran

Salam Taj Mahal
Meena Minachi
Athirah
Arca Buat Maria
Balqis
Puding Roti Kari Ayam
Doaku Di Hari Raya
Hanya Satu
Pondok Buruk
Pondok Buruk 2
Doa Imran
Kamasutra
8 Bulan


Teater Lakonan Vanidah Imran

1994 - Megat Terawis
1995 - Anak Tanjung
1997 - Selendang Umi
1998 - Laila Majnun
1999 - Keris Sang Puteri
2000 - Tun Perak
2000 - Lantai T.Pinkie
2002 - Anugerah
2002 - Merdeka, Merdeka, Merdeka
2003 - Visits
2005 - Moh Ho Huan
2006 - Lantai T.Pinkie KL
2006 - Wangi Jadi Saksi
2006 - Lantai T.Pinkie, Ipoh
2010 - Siti di Alam Fantasi


Program yang dihoskan Vanidah Imran

Salem Cool Planet Tour (1994/95)
Pujaan 10 Nescafe Road Tour & Finals (1995/96)
VJ RIM Chart Show (1997)
Kenali Pasangan Anda Family Game Show (2002)
You Asked For It (2003, 2004, 2005)
Bank Islam Mastercard Baru Aku Tahu (2005)
Kuiz Siapa Boleh? (2006).
Nona (2010, 2011)

Sumber: Kosmo!, Sinema Malaysia

Tiada ulasan: