Selasa, 8 Februari 2011

Selepas manusia labah-labah kepada ahli sihir dan weird western


Projek terbaharu Sam Raimi adalah membikin filem prekuel untuk filem muzik klasikal terbitan tahun 1939 iaitu The Wizard Of Oz.

Filem yang berjudul Oz: The Great And Powerful ini berkemungkinan besar tidak lagi menampilkan konsep mesra kanak-kanak tetapi lebih gelap dan menakutkan. Hal yang sama pernah berlaku untuk filem Alice in Wonderland arahan Tim Burton.

Filem Oz: The Great And Powerful ini mengisahkan bagaimana ahli sihir (Wizard) boleh tiba di Oz. Pada asalnya watak Wizard ini akan dilakonkan oleh Robert Downey Jr. bagaimanapun Robert Downey Jr. telah menarik diri dan digantikan oleh Johnny Depp. Johnny Depp juga telah meninggalkan projek ini dan kemungkinan besar kekosongan ini akan diisi oleh pelakon James Franco (Spider-Man, 127 Hours).

James Franco akan melakonkan watak seorang ahli silap mata muda yang telah diterbangkan oleh angin puting beliung ke sebuah tempat bernama Oz. Oz pada waktu itu diperintah oleh dua orang ahli sihir wanita yang kejam.

Selain daripada filem Oz: The Great And Powerful, Sam Raimi juga akan mengarahkan sebuah filem bercorak weird western berjudul Earp: Saints For Sinners, sebuah filem fiksyen berdasarkan tentang kehidupan Wyatt Earp dan Doc Holliday setelah berlakunya kejadian tembak menembak di O.K. Corral.

Sumber: therealmtoys.com

Tiada ulasan: