Isnin, 7 Februari 2011

Gary Moore R.I.P


Sesuatu yang agak menyedihkan ketika mendengar Rock Selamba di Muzik FM hari ini. Berita kematian gitaris dan penyanyi blues/rock Gary Moore diumumkan dalam program tersebut, malahan turut diadakan segmen tribute untuknya.

Lantas aku melayari internet dan memang sah Gary Moore telah tiada lagi di dunia ini. Gary Moore, 58, ditemui mati di dalam sebuah hotel di Sepanyol. Punca kematian masih belum diketahui. Aku akan menulis biografi tentang Gary Moore dalam entri yang akan datang.

Tiada ulasan: