Jumaat, 7 Januari 2011

Trivia-trivia Muzik

1. Single You Know You're Right telah dirakamkan oleh kumpulan Nirvana pada tahun 1994 bagaimanapun tidak dapat diterbitkan sehingga tahun 2002 oleh kerana larangan daripada isteri kepada Kurt Cobain iaitu Courtney Love.

2. Kumpulan Pixies dan R.E.M. mendapat nama untuk kumpulan mereka setelah mencari secara rambang di dalam kamus.

3. Pada layout album kumpulan Pixies iaitu Come On Pilgrim dan Surfer Rosa, nama pemain bass kumpulan tersebut iaitu Kim Deal telah ditulis sebagai Mrs. John Murphy.

4. Judul album kedua Dinosaur Jr. iaitu You're Living All Over Me diambil daripada ungkapan vokalis kumpulan itu, J. Mascis sewaktu suatu persembahan.

5. Kumpulan Metallica telah ditubuhkan setelah gitaris James Hetfield dan pemain dram Lars Ulrich mengiklankan tentang kumpulan tersebut di dalam sebuah majalah bernama The Recycler.

6. Antara alat muzik yang dimainkan oleh Ozzy Osbourne ialah harmonica dan synthesizer.

7. Sebelum dikenali sebagai Bullet For My Valentine kumpulan tersebut dikenali sebagai Jeff Killed John dan memainkan lagu-lagu cover kumpulan Metallica dan Nirvana.

8. Sewaktu remaja, Dee Snider pernah menyanyi untuk gereja dan koir sekolah.

9. Kumpulan rock Motörhead pernah diundi sebagai kumpulan muzik paling teruk di dunia oleh pembaca-pembaca majalah NME (New Musical Express).

10. Sebelum merakamkan album 24 Hour Revenge Teraphy, vokalis dan gitaris kumpulan Jawbreaker iaitu Blake Schwarzenbach telah membuat pembedahan untuk membuang polip daripada kerongkongnya dan telah mengabadikan saat-saat itu di dalam lagu Outpatient.

Sumber: wikipedia

Tiada ulasan: