Selasa, 4 Januari 2011

Trivia-trivia Filem

1. Sally Allbright dan Harry Burns adalah nama watak utama dalam filem komedi romantik When Harry Met Sally terbitan tahun 1989. Watak Sally Allbright dilakonkan oleh Meg Ryan manakala watak Harry Burns dilakonkan oleh Billy Crystal.

2. Watak Heathcliff dalam filem Wuthering Heights yang diterbitkan pada tahun 1939 telah dilakonkan oleh Laurence Olivier.

3. Marlon Brando telah memegang watak sebagai ketua kumpulan bermotosikal The Black Rebels dalam filem The Wild One pada tahun 1953.

4. Watak The Wizard of Oz di dalam filem fantasi muzikal The Wizard of Oz (1939) tinggal di sebuah bandar bernama Emerald City.

5. Harvey Keitel pernah berlakon bersama Quentin Tarantino di dalam filem Reservoir Dogs (1992), di dalam filem ini Harvey Keitel memegang watak bernama Mr. White manakala Quentin Tarantino memegang watak bernama Mr. Brown.

6. Hugh Grant pernah memegang watak sebagai seorang pemilik kedai buku bernama William Thacker di dalam filem komedi Notting Hill (1999). Di dalam filem ini Hugh Grant telah digandingkan bersama Julia Roberts yang melakonkan watak sebagai bintang Hollywood bernama Anna Scott.

7. Filem Saturday Night Fever (1977) mengisahkan tentang perbalahan dua buah kumpulan iaitu The Faces dan The Barracudas. Filem ini diarahkan oleh John Badham dan menampilkan John Travolta bersama Karen Lynn Gorney.

8. Filem A Beautiful Mind (2001) telah diarahkan oleh Ron Howard. Filem ini dibintangi oleh Russell Crowe. Russell Crowe telah memenangi anugerah Aktor Terbaik untuk filem ini di Academy Awards 2002.

9. The Graduate ialah sebuah filem komedi terbitan tahun 1967 arahan Mike Nichols. Filem ini dibintangi oleh Dustin Hoffman dan Anne Bancroft. Di dalam filem ini Dustin Hoffman memegang watak sebagai seorang pelajar bernama Benjamin Braddock yang telah digoda oleh Mrs. Robinson lakonan Anne Bancroft.

10. Sir Anthony Hopkins pernah berlakon filem The Elephant Man arahan David Lynch pada tahun 1980. Di dalam filem ini Sir Anthony Hopkins memegang watak sebagai Dr. Frederick Treves.

11. Bridget Jones's Diary ialah sebuah filem komedi romantik terbitan tahun 2001. Filem ini diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Helen Fielding. Filem ini diarahkan oleh Sharon Maguire dan dibintangi oleh Renée Zellweger sebagai Bridget Jones.

12. Watak Pussy Galore di dalam filem Goldfinger (1964) dilakonkan oleh Honor Blackman. Honor Blackman dikenali dengan watak lakonannya di dalam siri TV The Avengers sebagai Cathy Gale.

13. Watak Peter Parker di dalam filem Spider-Man (2002) arahan Sam Raimi dilakonkan oleh Tobey Maguire. Tobey Maguire memegang watak yang sama dalam dua lagi sinambungan filem tersebut.

14.Mel Gibson pernah berganding bersama Robert Downey Jr. di dalam filem Air America (1990). Di dalam filem ini Mel Gibson dan Robert Downey Jr. membawakan watak sebagai juruterbang yang melakukan misi penerbangan ke Laos sewaktu Perang Vietnam.

15. Jamie Bell memegang watak sebagai Billy Elliot, seorang penari ballet berusia 11 tahun di dalam filem Billy Elliot yang diarahkan oleh Stephen Daldry pada tahun 2000.

16. Di dalam filem seram Scream (1996) arahan Wes Craven, watak Casey Becker lakonan Drew Barrymore merupakan watak paling awal dimatikan.

17. Jack Lemmon merupakan seorang pelakon veteran Hollywood yang telah membintangi lebih dari 60 buah filem. Jack Lemmon telah meninggal dunia pada 27 Jun 2001 akibat penyakit kanser. Antara filem-filem lakonan Jack Lemmon ialah Some Like It Hot, Mister Roberts, Grumpy Old Men, Grumpier Old Men dan Missing.

18. Analyze This ialah sebuah filem komedi gangster lakonan Billy Crystal dan Robert De Niro. Di dalam filem ini Billy Crystal membawakan watak ahli psikiatri kepada ketua Mafia bernama Paul Vitti lakonan Robert De Niro.

19. Di dalam filem The Mexican (2001) arahan Gore Verbinski, Julia Roberts telah digandingkan bersama Brad Pitt. Julia Roberts telah membawakan watak sebagai Samantha, teman wanita kepada Jerry Welbach lakonan Brad Pitt yang telah diculik.

20. The Matrix merupakan sebuah filem thriller sains fiksyen terbitan tahun 1999 yang dibintangi oleh Keanu Reeves, Laurence Fishburne, Carrie-Anne Moss dan Hugo Weaving. Filem ini diarahkan oleh Wachowski Brothers iaitu Andy dan Larry Wachowski. Filem ini telah menjadi fenomena dan juga telah mencetuskan kepopularan 'bullet time' yang seterusnya banyak digunakan dalam banyak filem aksi sehingga kini. Akibat populariti filem ini, sinambungan filem ini telah dibikin iaitu The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolutions juga spin-off iaitu The Animatrix.

Sumber: Film Fantastic Quizzes karya Christopher Rigby, Wikipedia.

Tiada ulasan: