Rabu, 12 Januari 2011

Bond 23


Perisik tersohor British akan kembali beraksi.

Pihak pengurusan MGM iaitu produser Michael G. Wilson dan Barbara Broccoli mengumumkan pada hari Selasa lalu bahawa filem terbaharu James Bond akan ditayangkan ke pawagam di seluruh dunia pada 9 November 2012.

Daniel Craig akan kembali untuk kali ketiganya membawa watak James Bond manakala filem Bond ke-23 ini akan diarahkan oleh Sam Mendes.

Turut kembali ialah pelakon wanita Judi Dench yang akan membawakan watak M.

Bagaimanapun, siapa yang akan memegang watak Bond Girl dan penjahat masih belum diketahui.

Sumber: AP News

Tiada ulasan: