Khamis, 27 Januari 2011

Trivia Maya Karin


Maya Karin akan muncul dengan dua buah filem iaitu Cun bergandingan dengan aktor Remy Ishak dan filem Ombak Rindu bergandingan dengan aktor Aaron Aziz.

Selain Inner Shine Prune Plus, Maya juga merupakan duta produk L'oreal, tilam Vono dan Dulux.

Album baru Maya yang masih belum mempunyai judul telah melalui proses rakaman selama dua tahun dijangka menemui peminat pada tahun 2011.

Sebelum Yusry KRU, Maya pernah digossipkan dengan aktor Remy Ishak selepas dia bercerai dengan suaminya, Muhammad Ali Abdullah atau nama sebenarnya Steven David Shorthose dengan talak satu pada Julai 2010 selepas berkahwin hampir dua tahun.

- Kosmo!

Tiada ulasan: