Fiona Richmond ataupun nama sebenarnya Julia Rosamund Harrison dilahirkan pada 2 Mac 1945 merupakan bekas model dan pelakon. Ayahnya merupakan seorang yang alim iaitu Reverend John Harrison.
Pada tahun 70an, Fiona Richmond telah menjadi simbol seks Brtish di mana dia telah muncul di dalam setiap majalah dan filem dengan imej seksi dan mengghairahkan.
Kemunculan pertama Fiona adalah melalui filem Not Tonight Darling pada tahun 1971 dengan menggunakan nama Amber Harrison. Kemudian dia telah memegang watak yang lebih besar di dalam filem X-rated iaitu Exposé pada tahun 1976, Hardcore dan Let's Get Laid pada tahun 1977.
Fiona pernah menjalinkan hubungan dengan penerbit majalah pornografi British iaitu Paul Raymond.
Selain menjadi pelakon, Fiona juga aktif menulis dan telah menghasilkan beberapa buah buku antaranya ialah Fiona, Story of I, On The Road, Galactic Girl, Remember Paris, Good, the Bad and the Beautiful, From Here To Virginity, In Depth dan Tell Tale Tits. Buku-buku yang ditulisnya adalah berdasarkan pada pengalamannya menjadi simbol seks. Dalam sebuah majalah dia pernah menulis:
"Ramai orang berfikir menulis tentang seks adalah suatu perkara yang mudah tetapi ia sebenarnya adalah suatu perkara yang amat sukar untuk dilakukan. Masalah utama adalah perbendaharaan kata; adalah sukar untuk tidak mengulangi kata-kata yang sama. Lagipun, saya telah melakukan penyelidikan tentangnya dan membuatkan saya letih untuk memikirkan tentangnya. Ramai orang menyangka bahawa menjadi seorang simbol seks hanyalah dengan duduk-duduk sahaja tanpa seurat benang pun pada tubuh anda." - A Life In The Day, The Sunday Times, Disember 1978.
Fiona kemudian telah berkahwin bersama penerbit televisyen James Montgomery pada tahun 1983 bagaimanapun berpisah pada tahun 1998. Hasil daripada perkahwinan tersebut Fiona telah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Tara yang lahir pada tahun 1984.
Kini Fiona mengusahakan dua buah hotel butik bersama teman lelakinya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan