Sabtu, 29 Januari 2011
Legenda Rock 'n' Roll - Robert Johnson
Boleh dikatakan segala jenis muzik moden yang ada kini seperti rock, pop, r&b termasuk juga metal adalah berakar umbi daripada muzik blues. Legenda muzik blues yang tersohor adalah Robert Johnson kerana bukan sahaja kebolehannya bermain gitar yang luarbiasa tetapi diselitkan juga kisah 'supernatural' tentang dirinya.
Robert Johnson (1911 - 1938) adalah seorang penyanyi blues, gitaris dan pencipta lagu yang terkenal di kalangan pemuzik-pemuzik Delta Blues.
Popularitinya dari tahun 1936 - 1937 telah memaparkan satu gabungan luarbiasa antara bakat nyanyian, kemahiran bermain gitar dan penciptaan lagu yang telah menjadi ikutan kepada pemuzik-pemuzik selepas eranya. Legenda Johnson ditambah lagi dengan kisah hidupnya dan juga kematiannya yang tragik ketika dia berusia 27 tahun.
Kisah Robert Johnson yang sering diveritakan orang adalah kononnya dia telah menjual rohnya kepada Syaitan sebagai pertukaran untuk kebolehan luarbiasa bermain gitar. Kisah tersebut telah diceritakan oleh seorang lagi penyanyi blues iaitu Son House, tetapi tiada bukti dan pengesahan daripada Robert Johnson melainkan judul-judul lagunya seperti Me and the Devil Blues dan Hellhound On My Trail. Begitu juga dengan lagu Cross Road Blues yang sering ditafsirkan sebagai cerita Robert Johnson menjual rohnya kepada Syaitan Simpang Jalan (Cross Road Devil).
Kisah tentang menjual roh kepada Syaitan untuk kebolehan luarbiasa ini pernah dikaitkan dengan beberapa pemuzik antaranya seorang lagi penyanyi blues iaitu Tommy Johnson dan pemain biola virtuoso Niccolò Paganini.
Kematian Robert Johnson juga telah mencetuskan kontroversi. Ada kisah mengatakan bahawa Robert Johnson telah diracun oleh seorang suami yang cemburu kerana kononnya Robert Johnson telah menjalinkan hubungan sulit bersama isterinya. Ada juga kisah yang kononnya Syaitan telah datang berjumpa dengan Robert Johnson untuk menuntut rohnya setelah Robert Johnson mendapat apa yang dipintanya.
Bagaimanapun, kisah terkini tentang kematian Robert Johnson adalah lebih munasabah dan kurang dramatik di mana para doktor mengesyaki Robert Johnson telah menderita sejenis penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Marfan.
Sindrom Marfan mampu memberi kesan kepada jantung dan sedikit komplikasi di dalam jantung mampu membawa kepada kematian dan disyaki keadaan itulah yang telah menjadi punca penamat riwayat Robert Johnson.
Sumber: wikipedia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan