Khamis, 30 Disember 2010

Hujung tahun yang memuaskan

Terdapat dua perkara yang memuaskan hati aku untuk penghujung tahun 2010 ini.

Pertama, kepuasan menonton filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Aku rasa ini merupakan filem Melayu yang paling memuaskan hati aku untuk tahun ini. Memang aku betul-betul terhibur menonton filem ini. Syabas buat Mamat Khalid.

Kedua adalah kejayaan Malaysia menjulang kejuaraan di Piala Suzuki AFF 2010 yang begitu membanggakan.

Aku dapat lihat akan usaha bersungguh-sungguh pasukan Malaysia cuba untuk mempertahankan kedudukan dan menghalang pasukan Indonesia daripada menyamakan kedudukan. Meskipun Indonesia berjaya juga menyumbatkan dua gol namun Malaysia tetap menjadi juara berdasarkan kedudukan agregat 4-2.

Tahniah kepada Safee Sali yang dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang kejohanan AFF Suzuki tahun ini sekaligus mencatatkan nama sebagai anak Malaysia pertama di dalam rekod penjaring terbanyak Piala AFF Suzuki.

Juga kepada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat yang bertungkus lumus mempertahankan pintu gol daripada disumbatkan pihak lawan.

Sejak bila pulak aku jadi pengulas sukan ni?? Tak kisahlah, dengan prestasi cemerlang yang dipersembahkan pasukan Malaysia semalam, seandainya dapat dikekalkan aku yakin Malaysia akan mampu mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.

Kredit imej:

Hantu Kak Limah = wanwidget.com

Kejaaan pasukan Malaysia - Utusan Malaysia Online

Tiada ulasan: