Rabu, 3 November 2010

Selamat datang ke restoran di mana anda adalah menu utamanya

La Meute

Filem seram usahasama Belgium dan Perancis yang menarik. Mengisahkan seorang pengembara wanita bernama Charlotte yang diganggu oleh sekumpulan penunggang motosikal. Setelah kumpulan bermotosikal itu beredar Charlotte meneruskan perjalanannya dan bertemu dengan seorang lagi pengembara bernama Max. Mereka singgah di sebuah kedai makan yang diberi nama La Spack. Kumpulan bermotosikal tadi muncul semula dan mengganggu premis makanan itu bagaimanapun telah diusir oleh pemiliknya. Selepas makan, Max pergi ke tandas namun tidak keluar semula. Charlotte cuba mencari Max bagaimanapun dia dipukul di kepala lalu pengsan. Apabila sedar Charlotte mendapati dirinya dikurung di dalam sangkar manakala pemilik restoran itu sedang bersiap sedia untuk menjadikan Charlotte sebagai hidangan makan malam. Filem ini dibintangi oleh Émilie Dequenne, Philippe Nahon dan Yolande Moreau manakala diarahkan oleh Franck Richard.


Tiada ulasan: