Rabu, 3 November 2010

Berperang dengan Jin


Antara sebab kenapa aku suka menonton filem-filem luar adalah kerana jalan cerita sesebuah filem itu adakalanya melangkaui pemikiran dan logik akal.

Djinns adalah sebuah filem aksi seram usahasama antara Perancis dan Morocco. Berlatarbelakangkan tahun 1960-an, ia mengisahkan sepasukan tentera elit Perancis yang menjalankan suatu misi sulit di gurun Sahara. Tanpa diketahui, pasukan ini terpaksa berhadapan bukan sahaja musuh dari kalangan manusia, malahan juga dari golongan Jin. Tidak cukup dengan itu, mereka juga terpaksa berhadapan dengan ribut padang pasir yang melanda secara tiba-tiba.

Filem bergenre begini memang menjadi kesukaan aku. Filem yang menggabungkan lebih dari satu genre di dalam sebuah filem. Antara filem-filem lain yang mempunyai tema lebih kurang sama adalah seperti filem Aliens, The Keep, Battle Royale, R-Point, 1942, Versus dan banyak lagi. Namun di Malaysia masih belum ada lagi filem-filem sebegini. Bila agaknya ya?

Tiada ulasan: