Rabu, 3 November 2010

Kereta, setan dan neraka

Antara filem yang aku tengah mencari sekarang ialah Dolan's Caddilac, sebuah filem seram yang diadaptasi daripada cerpen dengan judul yang sama karya Stephen King.

Filem ini terbitan tahun 2009 diarahkan oleh Jeff Beesley dan dibintangi oleh Christian Slater, Emmanuelle Vaugier dan Wes Bentley.

Ia mengisahkan seorang guru bernama Robinson yang telah kehilangan isterinya akibat dibunuh oleh ketua penjenayah bernama Dolan. Disebabkan Dolan tidak dapat disentuh oleh undang-undang menyebabkan Robinson merancang untuk menghukum Dolan dengan caranya sendiri.

Sebuah lagi filem dengan tema yang lebih kurang sama iaitu pembalasan dendam bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Filem tersebut berjudul Drive Angry dilakonkan oleh Nicolas Cage dan diarahkan oleh pengarah filem yang terkenal dengan filem seram iaitu Patrick Lussier.

Menariknya, walaupun filem Drive Angry merupakan sebuah filem bercorak aksi namun ia diselitkan dengan unsur-unsur fantasi dan supernatural.

Ia mengisahkan seorang lelaki bernama Milton yang telah melarikan diri dari neraka (?) menuju ke Bumi untuk menuntut bela atas kematian anak perempuannya dan menyelamatkan cucunya daripada dijadikan korban oleh satu kumpulan ajaran sesat.

Sementara itu Milton turut diburu oleh Syaitan yang menjaga neraka.

Agak mengarut bukan, namun apabila melihat kepada trailernya aku dapati ia agak cool kerana menggabungkan aksi kereta laju dan magis seperti Harry Potter.

Nampaknya semenjak melakonkan watak Johnny Blaze dalam filem Ghost Rider, Nicolas Cage sudah menjadi sinonim dengan filem-filem bercorak fantasi dan supernatural.

TRAILER DRIVE ANGRY

TRAILER DOLAN'S CADDILAC

Tiada ulasan: