Khamis, 21 Oktober 2010

Ketakutan di awan biru

Ada beberapa perkara yang menarik tentang filem Altitude. Pertama, filem ini menggabungkan ketakutan tentang penerbangan (acrophobia) dan juga tentang ancaman suatu kuasa asing yang menanti mangsa di dalam sebuah kapalterbang.

Kedua, filem ini tidak membariskan nama-nama besar yang lazimnya terdapat dalam filem-filem seram. Tiada Paris Hilton, Jared Padalecki atau Elisha Cuthbert.

Ketiga, meskipun filem ini merupakan filem seram remaja namun bukan sebuah filem slasher.

Sebaliknya, Altitude, sebuah filem bencana penerbangan (seperti Airport 79 dan seangkatan dengannya) juga sebuah moster movie.

Filem ini mengisahkan lima remaja yang menghabiskan cuti hujung minggu dengan menyewa sebuah kapalterbang kecil.

Percutian yang pada awalnya menggembirakan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kapalterbang yang disewa mereka menghadapi masalah. Beberapa peralatan tidak berfungsi dan mereka kehabisan minyak. Yang anehnya, kapalterbang itu terus terbang sehingga ke paras yang tinggi dan filem ini mencapai klimaksnya apabila sejenis rasaksa menanti mereka di aras yang tertentu.

Filem keluaran Kanada ini dibintangi oleh Jessica Lowndes, Julianna Guill, Ryan Donowho, Landon Liboiron dan Jake Weary. Diarahkan oleh Kaare Andrews.



TRAILER ALTITUDE

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

dah tengok trailer... kurang umph sebab "remaja"