Isnin, 18 Oktober 2010

Hisss......filem Bollywood sentuhan Hollywood

Hisss ataupun Nagin: The Snake Woman merupakan sebuah filem seram terbaharu usahasama antara produksi independent India dan Amerika Syarikat.

Filem yang diarahkan oleh Jennifer Lynch (anak kepada pengarah filem David Lynch) ini mengambil kisah mitos masyarakat India tentang ular tedung jelmaan atau dipanggil Nagin dalam bahasa Hindi (mengingatkan aku kepada filem klasik Bollywood iaitu Nagin keluaran tahun 1976 yang dilakonkan oleh Sunil Dutt).

Ular jelmaan ini yang mendiami kawasan Lembah Indus di India telah dijadikan Dewa oleh penduduk setempat. Mereka telah mendirikan kuil untuk menyembah Dewa Ular ini selama beberapa generasi.

Seorang pemburu ular bernama George telah merentas hutan belantara untuk memburu ular berkenaan. Dia berjaya menangkap seekor ular tedung jantan yang bersaiz seekor ular sawa dan membawa ke makmal untuk dibuat ujikaji. Perbuatannya itu telah menimbulkan kemarahan seekor ular tedung betina yang merupakan Dewi ataupun pasangan ular tedung berkenaan. Maka kini pemburu menjadi yang diburu.

Filem ini dibintangi oleh Malika Sherawat, Irrfan Khan dan Jeff Doucette sebagai George. Kesan khas untuk watak Wanita Ular telah dilakukan dengan cantik sekali di bawah seliaan Robert Kurtzman yang sebelum ini pernah terlibat di dalam filem seperti The Devil's Rejects, Hostel dan Predator.

Untuk soundtrack filem ini agak mengejutkan juga kerana ia tidak menggunakan khidmat A.R. Rahman sebaliknya Anu Malik yang telah dipilih. Malika Sherawat menunjukkan bakat nyanyiannya apabila merakamkan sebuah lagu di dalam filem ini berduet bersama Julian Lennon (anak kepada John Lennon).

Selain Malika Sherawat dan Julian Lennon, sebuah lagu lagi turut dimuatkan dalam soundtrack filem ini nyanyian Shruti Haasan (anak kepada pelakon Tamil Kamal Haasan) dengan video klip diarahkan oleh Dave Kushner (pemain gitar band Velvet Revolver).

TRAILER DAN WEBSITE FILEM HISSS

2 ulasan:

Abang Ben berkata...

bro... kasi buang word verification tu. Senang orang nak komen.

zulazahari berkata...

Malas nak taip la tu....hehehe....tak per demi abang Ben aku buang dia jauh2