Jumaat, 15 Oktober 2010

5 filem yang patut diabaikan (menurut Rolling Stone)


1. Little Fockers

Filem ini merupakan lanjutan kepada filem Meet the Parents dan Meet the Fockers. Menurut majalah Rolling Stone filem ini sudah cukup setakat Meet the Fockers sahaja kerana mereka sudah bosan melihat kecurigaan Jack (lakonan Robert de Niro) terhadap menantunya Gaylord Focker (lakonan Ben Stiller).


2. Unstoppable

Denzel Washington sekali lagi bermain dengan keretapi setelah filem The Taking of Pelham 1 2 3. Mungkin ini kesilapan pihak produksi kerana mengambil pelakon yang sama untuk jalan cerita yang membabitkan keretapi.


3. Buried

Selama dua jam kita akan menyaksikan Ryan Reynolds di dalam keranda yang sempit dan gelap. Jika akhirnya Ryan Reynolds berjaya diselamatkan, kita pula akan mengalami claustrophobia.


4. Country Strong

Jika tahun lepas kita melihat Jeff Bridges sebagai penyanyi country dalam filem Crazy Heart, tahun ini kita akan melihat Gwyneth Paltrow pula membawakan watak sebagai penyanyi country. Adakah Gwyneth mengharapkan Oscar seperti yang dimenangi Jeff Bridges pada tahun lepas??


5. Saw 3D

Lagi filem Saw yang memualkan dan meloyakan. Oh, bukan bermaksud kengerian dan keganasan filemnya tetapi kerana hampir setiap tahun filem Saw dibikin. Cukup-cukuplah.

1 ulasan:

Abang Ben berkata...

antara 5 ni terasa nak tengok SAW 3D je sebab elemen gore.