Jumaat, 15 Oktober 2010

12 filem yang perlu ditonton (berdasarkan Rolling Stone)

1. The Social Network

Filem yang mengisahkan asal usul kewujudan Facebook, bagaimana pengasas Facebook iaitu Mark Zuckerberg mendapat idea untuk membikin laman sosial yang kini menjadi suatu fenomena di seluruh dunia. Dibintangi oleh Jesse Eisenberg, Andrew Garfield, Brenda Song, Justin Timberlake dan Roonie Mara. Filem ini diarahkan oleh David Fincher. Soundtrack untuk filem ini dibikin oleh Trent Reznor dan Atticus Ross yang bergenre Dark Ambient.

TRAILER THE SOCIAL NETWORK


2. Jackass 3D

Lanjutan daripada siri filem Jackass yang menunjukkan aksi prank, foul-up dan gurauan melampau. Kali ini ia dalam format 3D. Menampilkan pelakon-pelakon asal siri ini seperti Johnny Knoxville, Bam Margera, Steve-O, Ryan Dunn dan Chris Pontius. Diarahkan oleh Jeff Tremaine. Soundtrack untuk filem ini dipersembahkan oleh Squeak E. Clean, Twisted Sister, Karen O, Weezer, Roger Alan Wade, Smut Peddlers, The Blasters, Cock Sparrer, Roger Miller, Sassafras, Melanie, Gang Green, CKY dan Jimmy Buffet.

TRAILER JACKASS 3D


3. Hereafter

Filem supernatural thriller arahan Clint Eastwood yang mengutarakan tiga kisah. Kisah seorang psikik yang mampu berkomunikasi dengan roh orang mati, seorang wartawan yang terselamat daripada bencana tsunami dan pasangan beradik kembar yang mana salah seorang telah terbunuh akibat kemalangan. Di akhir cerita ketiga-tiga kisah ini mempunyai kaitan. Dibintangi oleh Matt Damon, Cécile de France, Frankie McLaren, George McLaren, Lyndsey Marshal dan Bryce Dallas Howard.

TRAILER HEREAFTER


4. 127 Hours

Sebuah filem yang berdasarkan pada kisah benar. Mengisahkan seorang pendaki gunung bernama Aron Ralston yang terperangkap di atas puncak sebuah gunung sewaktu mendaki di kawasan kanyon di Utah. Dia terperangkap di gunung tersebut selama 127 jam. Dibintangi oleh James Franco, Amber Tamblyn, Kate Mara, Clémence Poésy dan Lizzy Caplan. Filem ini diarahkan oleh Danny Boyle manakala komposisi muzik untuk filem ini oleh A.R. Rahman.

TRAILER 127 HOURS


5. Due Date

Sebuah filem bercorak road movie mengisahkan seorang pelakon iaitu Ethan Tremblay menemani seorang lelaki bernama Peter Highman ke kampung halamannya untuk menyaksikan kelahiran anaknya. Bagaimanapun, pelbagai perkara telah berlaku dalam perjalanan mereka. Dibintangi oleh Robert Downey, Jr., Zach Galifianakis, Michelle Monaghan, Jamie Foxx dan Juliette Lewis. Filem ini diarahkan oleh Todd Philips.

TRAILER DUE DATE


6. Harry Potter and the Deathly Hallows: Part 1

Bahagian pertama untuk lanjutan kisah Harry Potter. Berdasarkan novel dengan judul yang sama karya J.K. Rowling. Kisah kali ini tentang Harry Potter yang telah mengetahui rahsia kehidupan abadi Lord Voldermort iaitu sejenis alat yang dipanggil Horcrux. Harry bersama rakannya iaitu Ronald Weasley dan Hermione Granger harus memusnahkan alat tersebut untuk menumpaskan Lord Voldermort bagaimanapun mereka harus menempuh cabaran paling hebat dalam hidup mereka. Dibintangi oleh Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson dan Ralph Fiennes sebagai Lord Voldermort. Diarahkan oleh David Yates manakala komposisi muzik oleh Alexandre Desplat berdasarkan skor asal daripada John Williams.

TRAILER HARRY POTTER AND THE DEATHLY HALLOWS: PART 1


7. The King's Speech

Filem epik mengisahkan tentang Putera Albert yang gagap harus mengatasi masalahnya apabila ditabalkan menjadi raja. Seorang pakar terapi bernama Lionel Logue ditugaskan untuk melatih Putera Albert mengatasi kegagapannya. Putera Albert kemudian ditabalkan menjadi raja bergelar King George IV dan perlu berucap di hadapan rakyat jelata sewaktu majlis pertabalannya. Dibintangi oleh Colin Firth, Helena Bonham Carter, Guy Pearce, Michael Gambon, Geoffrey Rush dan Timothy Spall. Diarahkan oleh Tom Hooper manakala muzik oleh Alexandre Desplat.

TRAILER THE KING'S SPEECH


8. Black Swan

Filem yang bergenre fantasi, muzikal dan thriller mengisahkan halusinasi yang dialami oleh seorang penari ballet bernama Nina setelah terpilih dalam pementasan teater muzikal berjudul Black Swan. Dibintangi oleh Natalie Portman, Vincent Cassel, Mila Kunis, Barbara Hersehy dan Winona Ryder. Diarahkan oleh Darren Aronofsky manakala muzik persembahan Clint Mansell.

TRAILER BLACK SWAN


9. The Tourist

Sebuah filem yang bergenre komedi dan thriller mengisahkan seorang pelancong Amerika Syarikat yang diekori oleh seorang wanita misteri. Filem ini dibintangi oleh Johnny Depp, Angelina Jolie, Paul Bettany, Rufus Sewell, Timothy Dalton dan Haley Webb. Filem ini diarahkan oleh Florian Henckel von Donnersmarck manakala muzik persembahan James Newton Howard. Watak pelancong Amerika yang dilakonkan oleh Johnny Depp sebelum ini pernah ditawarkan kepada Tom Cruise bagaimanapun digantikan oleh Sam Worthington. Apabila Sam Worthington menarik diri daripada projek filem ini, ia digantikan pula dengan Johnny Depp. Watak wanita misteri yang dilakonkan oleh Angelina Jolie pula pernah ditawarkan kepada Charlize Theron.

TRAILER THE TOURIST


10. The Fighter

Pelakon serba boleh, Mark Wahlberg membawakan watak sebagai seorang peninju dalam filem ini. Ia berdasarkan kisah benar tentang peninju keturunan Ireland iaitu Micky Ward. Pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Christian Bale, Amy Adams, Melissa Leo, Jack MgGee dan Frank Renzulli. Diarahkan oleh David O. Russell manakala muzik oleh Michael Brook.

TRAILER THE FIGHTER


11. Tron: Legacy

Lanjutan kepada filem sains fiksyen Tron mengisahkan seorang pemuda bernama Sam Flynn berjaya membongkar rahsia Tron yang disimpan ayahnya, Kevin Flynn selama 20 tahun. Filem ini dibintangi oleh Jeff Bridges, Garrett Hedlund, Bruce Boxleitner, Michael Sheen dan John Hurt. Filem ini diarahkan oleh Joseph Kosinski manakala muzik oleh Daft Punk.

TRAILER TRON: LEGACY


12. True Grit

Sebuah filem bercorak western yang diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya Charles Portis. True Grit pernah difilemkan pada tahun 1969 bagaimanapun filem True Grit versi 2010 bukanlah remake kepada filem itu sebaliknya adaptasi terus daripada novel. Ia mengisahkan seorang gadis berusia 14 tahun bernama Mattie Ross berazam untuk menuntut bela atas kematian ayahnya. Ayah Mattie telah dibunuh oleh seorang penjenayah bernama Tom Chaney. Mattie mendapat bantuan daripada seorang Marshall yang kaki botol bernama Rooster Cogburn. Filem ini dibintangi oleh Jeff Bridges, Matt Damon, Josh Brolin, Hailee Steinfeld dan Barry Pepper. Filem ini diarahkan oleh Coen Brothers.

TRAILER TRUE GRIT

Tiada ulasan: