Rabu, 13 Oktober 2010

The Taqwacores, bakal mengundang kontroversi


Aku tidak yakin filem ini akan ditayangkan di Malaysia.

Aku anggap filem ini merupakan salah tanggapan tentang Islam oleh seorang saudara baru.

The Taqwacores merupakan sebuah filem yang diadaptasi daripada novel The Taqwacores karya Michael Muhammad Knight. Ia mengisahkan tentang kumpulan Punk Rock yang dikenali sebagai Taqwacores di mana ia dianggotai oleh remaja Muslim di New York.

Remaja-remaja ini mengamalkan cara hidup Muslim seperti solat lima waktu, membaca al-Qur'an namun tidak meninggalkan gaya hidup Punk Rockers seperti minum arak, mengadakan gigs, bermain skateboard dan penyalahgunaan najis dadah.

Juga watak-watak yang agak radikal seperti seorang sufi yang kaki botol dan berambut mohawk, seorang gadis memakai burqa tetapi berpewatakan kasar dan sering menimbulkan masalah juga seorang skinhead bermazhab Syiah.

Michael Muhammad Knight juga difahamkan terlibat dengan aktiviti solat jemaah yang diimamkan oleh imam wanita iaitu Amina Wadud pada 18 Mac 2005.

Filem ini diarahkan oleh Eyad Zahra dan soundtrack untuk filem ini dimainkan oleh The Kominas iaitu sebuah band yang bergenre Taqwacore dan Al-Thawra, sebuah band Punk yang dianggotai oleh tiga orang Arab Amerika.


TRAILER THE TAQWACORES

4 ulasan:

segitujuh berkata...

menarik!

zulazahari berkata...

Segitujuh,

blog anda juga menarik, akan saya pautkan.

bulan resakse berkata...

dimana aku boleh dapatkan movie taqwacores ataupun bukunya?

zulazahari berkata...

Seperti yg aku nyatakan, aku tak yakin filem Taqwacores akan ditayangkan di Malaysia, begitu juga dengan bukunya, cuma rajin2lah mengunjungi premis2 DVD Jack Sparrow, kemungkinan filem itu telah ada di sana, ataupun pesan saja di Amazon.com.