Selasa, 12 Oktober 2010

Berhati-hati main Facebook sebab dia ada hantu!!


Haha.......memang Facebook berhantu, sebab tu orang gelar Hantu Facebook.

Ok, entri ini sebenarnya tentang filem seram terbaharu daripada Indonesia iaitu Setan Facebook.

Aku belum menonton filem ini namun judul filem ini memang menarik perhatian aku. Agaknya apa reaksi Mark Zuckerberg apabila mendapat tahu laman sosialnya dijadikan judul filem seram. Tambahan pula laman sosialnya itu menjadi suatu laman maut.

Ia mengisahkan seorang gadis remaja bernama Farah yang gemar melayari laman sosial seperti Facebook. Suatu hari Farah telah dijemput untuk menjadi rakan kepada seorang gadis misteri bernama Mira. Mujurnya Farah tidak lagi mengesahkan jemputan itu bagaimanapun rakan-rakan Farah yang telah menjadi rakan Mira mati seorang demi seorang. Farah mengesyaki seuatu yang buruk tentang Mira tetapi agak bingung kenapa Mira membunuh mereka yang rapat dengan dirinya? Siapa Mira yang sebenarnya?

Filem ini dibintangi oleh Cindy Anggrina, Boy Hamzah, Jehaan Sienna, Maeeva Amin, Waqid dan Ricky Ertan dan diarahkan oleh Helfi Kardit.

TRAILER SETAN FACEBOOK

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

hahaha cashing out... bijak!