Selasa, 5 Oktober 2010

Ketakutan baharu dari Wes Craven


Wes Craven kembali dengan ikon seram terbaharu menggantikan Freddie Krueger dan Ghostface dari filem Scream. Kali ini, memperkenalkan The Ripper, permbunuh bersiri yang menghantui bandar Rivertown.

Watak The Ripper merupakan ikon seram terbaharu yang diperkenalkan oleh Wes Craven menerusi filem terbaharunya My Soul to Take. Ini merupakan filem pertama yang ditulis dan diarahkan olehnya. Kali terakhir Wes Craven mengarahkan sendiri filem hasil tulisannya ialah Wes Craven's New Nightmare pada tahun 1994. Untuk mengikuti arus semasa, filem ini akan ditayangkan dalam format 2D dan 3D.

Sama seperti filem Nightmare on the Elm Street dan Scream, filem ini juga berkisar tentang sekumpulan remaja yang diancam oleh kuasa jahat. Di sebuah bandar kecil bernama Rivertown, seorang pembunuh bersiri yang digelar The Ripper telah dibunuh oleh penduduk kampung, namun sempat bersumpah bahawa rohnya akan kembali untuk meragut nyawa tujuh orang kanak-kanak pada tarikh dia dibunuh.

16 tahun kemudian beberapa kejadian pembunuhan berlaku di bandar tersebut, namun tiada bukti yang membawa kepada kembalinya The Ripper. Remaja di bandar Rivertown percaya bahawa The Ripper telah kembali namun bukan dalam bentuk asalnya, sebaliknya melalui penjelmaan semula (reincarnation). Harapan remaja di Rivertown kini terletak kepada Adam 'Bug' Heller yang mana merupakan anak kepada The Ripper.

Bagus juga sekiranya lagu The Ripper daripada Judas Priest dijadikan lagu latar.


TRAILER MY SOUL TO TAKE

Tiada ulasan: