Selasa, 13 Julai 2010

Beberapa filem Melayu yang akan datang ke pawagam

Beberapa filem Melayu yang aku rasakan agak menarik akan menjengah ke pawagam tidak lama lagi. Di sini aku senaraikan dua buah filem yang aku rasakan akan mendapat kutipan box-office.

CCTV

Merupakan sebuah filem seram arahan M. Subash Abdullah. Cerita dan skrip ditulis sendiri oleh M. Subash Abdullah manakala filem ini diterbitkan oleh Surenthar di bawah Genius Parade Sdn. Bhd. Setakat ini tidak disebutkan barisan pelakon yang akan membintangi filem ini.

CCTV mengisahkan sebuah syarikat yang telah menyewa sebuah bangunan usang di Kuala Lumpur. Setelah bangunan itu dibersihkan untuk dijadikan pejabat, beberapa kejadian aneh telah berlaku. Segala kejadian itu telah dirakamkan oleh CCTV yang dipasang di pejabat tersebut.

Apabila membaca sinopsis filem ini aku membayangkan filem ini seperti filem Paranormal Activity. Aku tidak pasti sama ada M. Subash Abdullah mendapat inspirasi daripada filem tersebut namun sekiranya benar, ia mungkin akan mencetuskan fenomena baru dalam industri filem tempatan.


Libas

Filem berunsurkan sukan (sports movie) mungkin agak kurang dihasilkan di Malaysia. Yang aku ingat ialah filem Baginda, Gol dan Gincu, Gila Bola dan Hooperz. Sebuah filem Melayu berunsurkan kesukanan iaitu Libas akan menemui penonton tidak berapa lama lagi.

Filem ini diarahkan oleh Jurey Latiff Rosli dan dibintangi oleh Rosyam Nor, Scha, Beego, Adam Corrie Lee, Yang Kassim, Sabri Yunus dan Sathiya. Mengisahkan seorang bekas jaguh takraw bernama Adnan Saladin (homage kepada Adnan Saidin, bekas juara takraw kebangsaan) harus mencari pemain baru untuk pasukan takraw kebangsaan demi mempertahankan kejuaraan daripada dirampas oleh pasukan negara jiran.

Sewaktu berlakon filem Libas, Rosyam Nor telah patah bahu kirinya.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.