Rabu, 9 Jun 2010

13, nombor yang menggerunkan


Ya, bagi sesetengah orang, angka 13 merupakan angka yang sial, yang membawa nasib malang, angka yang menakutkan. Disebabkan itu maka judul-judul filem seram agak sinonim dengan angka 13 contohnya seperti Friday the 13th.

Angka 13 juga telah menarik perhatian Takashi Miike, pengarah filem Jepun yang terkenal dengan filem-filem seram, ganas dan melibatkan kongsi gelap. Kali ini buah tangan Takashi Miike ialah sebuah filem epik samurai yang berjudul 13 Assassins.

Berlatarbelakangkan era Shogun di Jepun, 13 Assassins mengisahkan tentang seorang pembesar muda yang suka berpoya-poya, memperkosa wanita dan melakukan pembunuhan. Bagaimanapun dia terlepas dari sebarang hukuman disebabkan oleh statusnya.

13 pembunuh rahsia telah ditugaskan untuk 'menghukum' pembesar itu, namun mereka terpaksa berdepan dengan pengawal-pengawal peribadi pembesar tersebut yang juga tidak kurang hebatnya.

2 ulasan:

Mahadaya berkata...

Sebenarnya no 13 adalah merujuk kpd manusia. Ini adalah rahsia yg terdpt di dlm al quran. Musuh2 tuhan cuba menutup hakikat ini dan sesiapa yg merungkai rahsia no 13 akan menemui kehebatan sebagai makhluk terbaik ciptaan tuhan. Perhatikan nama tuhan iaitu Alif Lam Lam Ha jika ditulis semula dlm huruf arab menjadi 139. Surat al fatahata mempunyai 13 Al. Al quran mempunyai 113 surat kerana surat al tawba sebenarnya adalah satu surat dari surat sebelumnya kerana tidak di mulakan dgn nama tuhan.
Rahsia segala rahsia akan di rungkaikan dan melalui ilmu hamba tuhan bakal sekali lagi menakluk dunia. http://1asalama.blogspot.com

zulazahari berkata...

Setuju, begitu juga dgn angka 666.