Isnin, 8 Mac 2010

Transformers: Revenge of the Fallen filem terburuk 2009

Filem yang banyak menggunakan bajet untuk meletupkan bangunan dan kenderaan ini telah diisytiharkan sebagai Filem Terburuk 2009.

Mengejutkan? Itulah hakikatnya. Filem Transformers: Revenge of the Fallen telah diisytiharkan sebagai Filem Terburuk dalam 30th Golden Raspberry Awards, sekaligus menjadikan filem ini sebagai Filem Terburuk tahun 2009.

Filem ini telah 'menewaskan' empat filem lain yang dicalonkan sebagai Filem Terburuk iaitu All About Steve, G.I. Joe: Rise of the Cobra, Land of the Lost dan Old Dogs. Michael Bay pula telah diisytiharkan sebagai Pengarah Terburuk 2009.

Lakon layar untuk filem Transformers: Revenge of the Fallen pula diisytiharkan sebagai Lakon Layar Terburuk. Lakon layar filem ini ditulis oleh Ehren Kruger, Roberto Orci dan Alex Kurtzman.

The Jonas Brothers, kumpulan muzik popular di kalangan kanak-kanak dan remaja telah diisytiharkan sebagai Pelakon Lelaki Terburuk menerusi filem Jonas Brothers: The 3D Concert Experience manakala Sandra Bullock diisytiharkan sebagai Pelakon Wanita Terburuk menerusi filem All About Steve.

Billy Ray Cyrus, ayah kepada pelakon dan penyanyi remaja Miley Cyrus diisytiharkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terburuk menerusi filem Hannah Montana The Movie dan Pelakon Pembantu Wanita Terburuk jatuh kepada Sienna Miller menerusi filem G.I. Joe: Rise of the Cobra.

Sandra Bullock dan Bradley Cooper telah diisytiharkan sebagai Pasangan Paling Buruk di Layar Perak menerusi filem All About Steve.

Filem komedi aksi Land of the Lost telah diisytiharkan sebagai Filem Prekuel, Remake, Rip-Off dan Sekuel terburuk.

Pelakon komedi Eddie Murphy telah diisytiharkan sebagai Pelakon Lelaki Terburuk untuk Sedekad manakala Paris Hilton pula diisytiharkan sebagai Pelakon Wanita Terburuk untuk Sedekad. Filem sains fiksyen Battlefield Earth lakonan John Travolta telah diisyitiharkan sebagai Filem Terburuk untuk Sedekad.

Cadangan aku supaya anugerah seperti ini turut diadakan di Malaysia sebagai motivasi kepada penggiat seni tanahair untuk meningkatkan mutu filem-filem tempatan.

WEBSITE GOLDEN RASPBERRY AWARDS

4 ulasan:

Abang Ben berkata...

terkejut aku. Not bad apa Transformers tu

zulazahari berkata...

Sebenarnya kelaziman bagi filem Blockbuster spt Transformers menjadi filem terburuk, contohnya Rambo II juga pernah diisytiharkan sbg filem terburuk walaupun mencatat kutipan box-office

INDRA QIRANA berkata...

kalau kat malaysia banyak na la plak calon calonyer...

zulazahari berkata...

Indra,

Kalau kat Malaysia harusnya A. Razak Mohaideen calon terunggul