Selasa, 16 Mac 2010

Pengalaman menyeramkan ketika protes anti kerajaan


Bila membaca sinopsis untuk filem seram terbaharu arahan adik beradik Pang, aku rasakan mereka bijak kerana mengaitkan sebuah peristiwa yang berlaku di alam realiti dengan sesuatu yang berlaku di alam fantasi.

Child's Eye adalah judul filem terbaharu arahan Pang Brothers dan merupakan sinambungan untuk siri filem The Eye (filem keempat selepas filem The Eye, The Eye 2 dan The Eye 10).

Filem ini merupakan yang pertama dalam siri The Eye yang akan ditayangkan dalam format 3D. Ia mengisahkan enam orang pelancong dari Hong Kong yang terkandas di Lapangan Terbang Bangkok sewaktu kejadian rusuhan dan protes anti kerajaan yang berlaku pada bulan November 2008. Kejadian misteri berlaku apabila tiga orang daripada pelancong tersebut hilang secara tiba-tiba.

Penggambaran filem ini dimulakan sekitar bulan Jun 2009 di Bangkok, Thailand.

Filem ini akan memaparkan set yang dibuat untuk menggambarkan keadaan di dunia roh. Set tersebut dibuat seakan-akan sebuah bandar daripada kertas, antaranya rumah, bangunan, kereta dan perkakasan semuanya dibuat daripada kertas. Ini berdasarkan kepercayaan masyarakat Cina bahawa apabila barang-barang yang diperbuat daripada kertas dibakar, ia akan digunakan oleh roh di alam baqa.

Filem ini juga dikatakan sebagai filem seram Asia pertama yang menggunakan format 3D.

Sekiranya filem-filem The Eye yang terdahulu berkaitan dengan hantu, di dalam filem ini ada rasaksa yang menakutkan.

Kos untuk filem ini dianggarkan sebanyak $4.5 juta.

Sumber: UHM

Tiada ulasan: