Isnin, 15 Mac 2010

Pekerjaan artis sebelum menjadi terkenal


Brad Pitt - Pelakon yang pernah mendapat jolokan Lelaki Paling Seksi ini pernah menjadi maskot ayam untuk restoran makanan segera Mexico, El Pollo Loco, penghantar peti sejuk dan pemandu limousine sehinggalah dia bertemu dengan salah seorang penumpangnya yang merupakan seorang agen kasting. Agen tersebut berminat dengan tubuh badannya dan memintanya datang untuk ujibakat.

Lady Gaga - Penyanyi yang sedang popular ini pernah menjadi seorang penari kelab bogel (stripper) sewaktu berusia 18 tahun. Lady Gaga mengakui bahawa dia berasal daripada keluarga Itali yang berada, namun dia lari dari rumah kerana mahu berdikari dan menjadi penari bogel untuk menyara hidupnya.

Megan Fox - Pelakon seksi filem Transformers ini pernah memakai kostum pisang sebagai maskot sebuah kafe ketika berusia 15 tahun. Selain memakai kostum pisang dia juga terpaksa menari untuk menarik perhatian pelanggan.

Channing Tatum - Seperti Lady Gaga, pelakon filem G.I. Joe ini juga pernah menjadi penari bogel (stripper) sewaktu berusia 18 tahun. Ketika itu dia menggunakan nama Chan Crawford dan terpaksa menjadi penari bogel kerana tidak mendapat pekerjaan.

Jennifer Anniston - Pelakon jelita siri komedi Friends ini pernah menjadi penghantar pesanan berbasikal ketika remajanya untuk menampung per belanjaan persekolahannya.

Tom Cruise - Pelakon kegilaan ramai wanita ini pernah menjadi budak penghantar suratkhabar ketika berusia 12 tahun.

Jay Chou - Pelakon dan penyanyi popular Taiwan ini pernah menjadi pelayan restoran sebelum menjadi komposer muzik di sebuah studio rakaman.

Hugh Jackman - Jika anda melihat dirinya serius sebagai Wolverine dalam filem X-Men, pastinya anda tidak akan menyangka apakah pekerjaan Hugh Jackman sebelum menjadi bintang terkenal. Hugh Jackman pernah menjadi badut yang membuat persembahan di setiap majlis selama tiga tahun.

Kanye West - Sebelum menjadi penyanyi hip-hop popular dan membuat kontroversi di sebuah majlis anugerah muzik, Kanye West hanyalah seorang pembantu jualan di sebuah pusat membeli-belah. Bagaimanapun, pekerjaannya itu telah memberikannya ilham untuk lagu 'Spaceship'.

Madonna - Madonna pernah menjadi pelayan di Dunkin' Donuts bagaimanapun dipecat apabila memancutkan jem ke arah pelanggannya. Madonna juga pernah melakukan pelbagai pekerjaan lain termasuklah sebagai penari bogel sebelum menjadi bintang terkenal.

P. Diddy - P. Diddy mengakui di dalam program Entertainment Weekly bahawa dia pernah menjadi pencuci tandas di sebuah restoran Mexico bernama El Terito. P. Diddy juga dengan bangga mengatakan bahawa dia adalah pencuci tandas yang terbaik restoran tersebut pernah miliki.

Gwen Stefany - Bekas vokalis kumpulan No Doubt ini pernah menjadi pencuci lantai di Dairy Queen sewaktu zaman persekolahannya. Dia juga pernah menjadi penjual alat solek di kompleks membeli-belah.

Jim Carrey - Jim Carrey berhenti sekolah ketika berusia 16 tahun dan terpaksa menjadi seorang janitor di sebuah kilang bernama Titan Wheels. Jim Carrey terpaksa bekerja selama lapan jam untuk menyara hidupnya sebelum menjadi pelakon yang mempunyai kadar pendapatan paling tinggi di Hollywood.

Louis Koo - Kita pernah melihat pelakon ini melakonkan watak sebagai samseng di dalam filem. Mungkin bukan menjadi masalah baginya untuk menghayati watak itu kerana Louis Koo pernah menjadi ahli kongsi gelap sebelum menjadi pelakon. Louis Koo juga pernah dipenjara selama dua tahun kerana melakukan rompakan. Bagaimanapun, selepas peristiwa itu dia insaf dan memulakan hidup baru sebagai pelakon.

Sumber: MSN Entertainment

Tiada ulasan: