Jumaat, 19 Mac 2010

Jeritan keempat


Khabarnya Wes Craven bersetuju untuk mengarahkan filem Scream 4 dengan alasan asalkan skripnya bagus seperti filem Scream yang pertama.


Skrip untuk filem ini akan ditulis oleh Kevin Williamson dan bintang Scream yang terdahulu iaitu David Arquette dan Courteney Cox Arquette akan kembali di dalam Scream 4.

Watak Randy Meeks yang dilakonkan oleh Jamie Kennedy juga mungkin akan muncul kembali. Watak ini telah dimatikan pada filem Scream 2 bagaimanapun pihak penerbitan mempunyai rancangan untuk menghidupkan kembali watak itu.

Sementara itu, Kevin Williamson juga sedang menyiapkan skrip untuk filem Bedroom Window, remake untuk filem seram dengan judul yang sama terbitan tahun 1987.

Tiada ulasan: