Jumaat, 19 Mac 2010

Steven Seagal, Robert De Niro, Jessica Alba, Don Johnson dan Lindsay Lohan dalam satu filem


Wow! Kasting yang cukup menarik.

Mereka semua disatukan dalam sebuah filem iaitu Machete. Machete diarahkan oleh Robert Rodriguez dan diterbitkan oleh Quentin Tarantino. Watak utamanya dilakonkan oleh Danny Trejo dan merupakan filem pertama Trejo memegang watak utama. Sebelum ini Trejo hanya memegang watak sampingan dan watak antagonis.

Filem Machete dikembangkan daripada trailer palsu yang disiarkan dalam filem Grindhouse. Ia mengisahkan Machete, seorang bekas polis Mexico sedang memburu Raja Dadah bernama Torrez (lakonan Steven Seagal). Sementara itu, Machete mendapat maklumat daripada Benz (lakonan Jeff Fahey), seorang ahli perniagaan tentang kegiatan haram Senator McLaughlin (lakonan Robert De Niro) yang menguruskan penghantaran pendatang haram keluar dari negara itu dan Senator McLaughlin perlu dihapuskan. Benz menawarkan $150,000 untuk membunuh McLaughlin.

Bagaimanapun, sewaktu dalam percubaan untuk membunuh McLaughlin, Machete telah dikhianati oleh konco-konco Benz. Rupa-rupanya McLaughlin dan Benz telah berpakat untuk memerangkap Machete. Kini Machete mempunyai tiga orang di dalam sasarannya iaitu Torrez, Benz dan McLaughlin.

Tiada ulasan: