Rabu, 3 Mac 2010

Hannibal, Faceman, B.A. Baracus dan Murdock, kita akan bertemu lagi

Tak kenal dengan nama-nama itu? Itu merupakan nama watak-watak utama untuk siri TV popular tahun 80'an iaitu The A Team. Dan kenapa nama-nama itu disebutkan kembali? Kerana nama-nama ini akan muncul dalam sebuah filem terbaharu berdasarkan siri TV popular itu.

The A Team the Movie bakal menemui penonton bulan Jun tahun ini dengan barisan pelakon-pelakon baharu. Masih lagi mengekalkan plot yang sama iaitu tiga orang askar Amerika yang menjalani hukuman atas kesalahan yang tidak mereka lakukan. Bagaimanapun mereka berjaya melarikan diri daripada penjara tentera dan bertemu dengan Captain H. M. Murdock, juga seorang bekas tentera dan mereka bertindak sebagai tentera upahan, dan membantu sesiapa yang dianiaya.

The A Team the Movie dibintangi oleh Liam Neeson sebagai Kolonel John 'Hannibal' Smith, Bradley Cooper sebagai Leftenan Templeton 'Faceman' Peck, Quinton Jackson sebagai Sarjan B. A. 'Bad Attitude' Baracus dan Sharlto Copley sebagai Kapten H. M. 'Howling Mad' Murdock.

Pelakon lain yang membintangi filem ini ialah Jessica Biel, Patrick Wilson, Omari Hardwick dan dua orang pelakon asal siri The A Team iaitu Dwight Schultz dan Dirk Benedict akan muncul sebagai cameo dalam filem ini.

Filem ini diarahkan oleh Joe Carnahan dan diterbitkan oleh Ridley Scott bersama penerbit asal siri The A Team, Stephen J. Cannell.

TRAILER THE A TEAM

Tiada ulasan: