Isnin, 1 Februari 2010

Use Somebody ungguli Grammy Awards


Lagu Use Somebody daripada band Kings of Leon mencatatkan prestasi memberansangkan dalam Grammy Awards ke-52. Lagu ini telah memenangi Record of the Year, Best Rock Performance By a Duo/Group with Vocals dan Best Rock Song.



Jason Mraz pula memenangi kategori Best Male Pop Vocal Performance untuk lagu Make It Mine menewaskan pencabar lain seperti John Legend, Maxwell, Seal dan Stevie Wonder. Sementara kolaborasi duet antara Jason Mraz dan Colbie Caillat dalam lagu Lucky pula memenangi kategori Best Pop Collaboration with Vocals.



Rockers veteran Bruce Springsteen memenangi kategori Best Rock Solo Vocal Performance untuk lagu Working On a Dream. Springsteen menewaskan pencabarnya iaitu Bob Dylan, John Fogerty, Prince dan Neil Young.



Best Hard Rock Performance dimenangi oleh band AC/DC untuk lagu War Machine (lagu tema filem Iron Man 2) menewaskan band Alice in Chains, Linkin Park, Metallica dan Nickelback.



Keputusan yang agak mengejutkan kerana sebelum ini Slayer dijangka akan memenangi kategori Best Metal Performance dengan lagu mereka Hate Worldwide. Bagaimanapun Slayer tewas kepada Judas Priest dengan lagu mereka Dissident Agressor. Band lain yang bertanding dalam kategori ini ialah Lamb of God, Megadeth dan Ministry.



Jeff Beck pula memenangi kategori Best Rock Instrumental Performance dengan lagunya A Day in the Life. Artis lain yang bertanding dalam kategori ini ialah Booker T. Jones, Brad Paisley, Brian Setzer Orchestra dan Steve Vai.



Untuk kategori Best Rock Album ia dimenangi oleh Green Day dengan album 21st Century Breakdown. Album ini menewaskan empat album lain iaitu Black Ice dari AC/DC, Eric Clapton dan Steve Winwood untuk album Live from Madison Square Garden, Dave Matthews Band untuk album Big Whiskey and the GrooGrux King dan album No Line on the Horizon daripada U2.



Band Phoenix pula memenangi kategori Best Alternative Music Album untuk album mereka Wolfgang Amadeus Phoenix. Album ini menewaskan album Everything That Happens Will Happen Today daripada David Byrne dan Brian Eno, The Open Door EP daripada Death Cab for Cutie, Sounds of the Universe daripada Depeche Mode dan It's Blitz daripada Yeah Yeah Yeahs.



India.Arie dan Dobet Gnahore memenangi kategori Best Urban/Alternative Performance untuk lagu Pearls menewaskan lagu Daykeeper daripada The Foreign Exchange, All Matter daripada Robert Glasper dan Bilal, A Tale of Two daripada Eric Roberson, Ben O'Neill dan Michelle Thompson dan Blend daripada Tonex.



Manakala album runut bunyi untuk filem Slumdog Millionaire telah memenangi kategori Best Compilation Soundtrack Album. Album ini menewaskan album runut bunyi filem Cadillac Records, Inglourious Basterds, True Blood dan Twilight.



Michael Giacchino memenangi kategori Best Score Soundtrack Album untuk skor muzik daripada filem Up. Beliau telah menewaskan Alexandre Desplat (The Curious Case of Benjamin Button Disc 1), Nicholas Hopper (Harry Potter and the Half-Blood Prince), Danny Elfman (Milk) dan kolaborasi Michael Giacchino bersama Varèse Sarabande untuk filem Star Trek.



Lagu Jai Ho daripada filem Slumdog Millionaire pula memenangi kategori Best Song Written for Motion Picture, Television or Other Visual Media. Lagu ini menewaskan lagu All Is Love daripada filem Where the Wild Things Are, Decode daripada filem Twilight, Once in a Lifetime daripada filem Cadillac Records dan The Wrestler daripada filem The Wrestler.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pemenang Anugerah Grammy ke-52, klik sini.

Tiada ulasan: