Selasa, 2 Februari 2010

Memakan daging babi mampu meningkatkan hubungan seks anda: Christina Kirchner


Pemakanan daging babi menyamai sebiji pil Viagra untuk menaikkan nafsu seks, menurut Presiden Argentina Christina Kirchner yang mendakwa pernah menguji teori tersebut.

"Pemakanan daging babi membantu meningkatkan kegiatan seks," Kirchner memaklumkan pada suatu perhimpunan ahli-ahli perniagaan di Istana Presiden.

"Ini bukan perincian kecil," beliau berkata pada majlis itu untuk mengumumkan penurunan harga untuk daging babi.

"Beberapa ketul daging babi panggang adalah lebih baik daripada pengambilan Viagra."

Kirchner menyatakan dia makan daging babi panggang pada hujung minggu bersama suaminya, bekas Presiden Nestor Kirchner, di kediaman pasangan itu di rantau Patagonia selatan, dengan hasil yang 'memberansangkan'.

"Kami bersemangat pada seluruh hujung minggu tersebut," beliau berkata sambil tersenyum.

"Saya seorang yang fanatik kepada daging babi," dia menambah, "dan saya tidak memaklumkan ini untuk menarik hati anda, ataupun untuk mempromosi diri sendiri."

Ketua persatuan pengeluar-pengeluar daging babi, Juan Ucelli menyokong dakwaan Kirchner itu.

Katanya, rakyat di Denmark dan Jepun, di mana pengambilan daging babi adalah tinggi, "mempunyai kehidupan seksual yang lebih harmoni daripada yang dimiliki rakyat Argentina."

Rakyat Argentina bagaimanapun merupakan pemakan daging lembu yang banyak, dengan jumlah per kapita di antara 68 dan 73 kilo.

Presiden Kirchner telah menjadi sasaran kritikan kebelakangan ini kerana mencuba untuk menyingkirkan ketua Bank Pusat, Martin Redrado.

-AFP

Tiada ulasan: