Rabu, 3 Februari 2010

Dave Grohl sebagai bapa


Dave Grohl mendakwa penciptaan lagunya telah berubah sejak dia menjadi seorang bapa kepada Violet, 3, dan anaknya yang baru berusia sembilan bulan Harper.

Penyanyi utama kumpulan Foo Fighters itu yang mempunyai dua anak perempuan iaitu Violet yang berusia tiga tahun dan Harper yang berusia sembilan bulan hasil perkahwinannya bersama isterinya, Jordyn - mengakui lagu-lagu yang ditulisnya kini adalah lebih menyentuh emosi kerana dia mempunyai pandangan lain tentang kehidupan.

Katanya: "Ia telah mengubah segalanya. Apabila anda dikurniakan cahayamata, anda akan melihat kehidupan dari sisi yang berbeza. Anda akan merasa lebih kasih sayang dan mencintai mereka dengan lebih mendalam. Ia tidak dapat dielakkan dan ia juga mempengaruhi corak penciptaan lagu anda."

Penyanyi rock berusia 41 tahun itu juga menolak untuk melancong bagi tempoh masa yang panjang kerana beliau tidak mahu berjauhan dengan keluarganya.

Beliau memberitahu majalah Time: "Saya sudah biasa melancong selama sembilan bulan setiap tahun. Kini saya tidak mahu berjauhan dengan anak-anak saya untuk lebih daripada 12 hari."

Walaupun dia suka menjadi seorang bapa, namun dia mengakui bahawa saat-saat kelahiran Violet merupakan saat yang paling 'menakutkan' bagi dirinya.

Katanya: "Saya menyaksikan sendiri saat-saat kelahiran Violet. Saya tahu serba sedikit tentang sains. Saya mungkin dapat menyambut kelahiran bayi itu sendiri bagaimanapun saya hanya menyaksikan kelahiran tersebut daripada skrin televisyen.

"Bagaimanapun saya gementar. Ia satu kelahiran kritikal kerana tali pusatnya berada di sekeliling lehernya dan terdapat ketika di mana kadar denyutan jantungnya jatuh. Itu merupakan saat yang paling menakutkan pernah saya alami dalam hidup saya."

Sumber: Bang

Tiada ulasan: