Rabu, 3 Februari 2010

Matt Damon tidak akan menjadi Bourne lagi


Matt Damon tidak akan beraksi dalam filem 'Bourne' keempat dan dia menjangka filem itu akan menjadi prekuel untuk ketiga-tiga filem 'Bourne' lakonannya.

Matt Damon tidak akan beraksi dalam filem 'Bourne' keempat.

Pelakon itu yang telah melakonkan watak agen kerajaan Jason Bourne dalam ketiga-tiga filem 'Bourne' mengakui bahawa dia pasti dengan francais filem itu di masa hadapan tetapi menjangkakan bahawa filem 'Bourne' keempat akan menjadi prekuel untuk filem 'Bourne Identity' yang diterbitkan pada tahun 2002.

Dia memberitahu BANG SHOWBIZ: "Saya tidak fikir anda tahu. Saya fikir ia akan menjadi prekuel dengan pelakon dan pengarah baru sebelum kita membikin sebuah lagi filem 'Bourne'.

Saya rasa mungkin filem 'Bourne' yang baru akan dihasilkan lima tahun lagi. Kita harus mempunyai satu skrip yang bagus. Sekiranya anda mempunyai apa-apa cadangan sila maklumkan kepada Universal."

Matt sebelum ini berkata dia berharap dapat melakonkan watak Jason Bourne untuk sebuah filem 'Bourne' baru pada tahun 2011, namun kemudian mengakui dia tidak yakin akan melakonkan watak itu setelah pengarah Paul Greengrass tidak lagi akan mengarah francais tersebut.

Sebaliknya, bintang berusia 39 tahun itu - yang mencipta nama setelah membintangi filem 'Good Will Hunting' bersama sahabat baiknya Ben Affleck pada tahun 1997 - mahu fokus kepada bidang pengarahan filem, tetapi hanya jika menerima projek yang bagus.

Katanya: "Saya mahukan sebuah kisah kemanusiaan. Lebih kurang seperti 'Good Will Hunting' ataupun lebih kecil dari itu. Tiada yang terlalu rumit buat kali pertama.

"Saya tidak pasti jika saya akan menyertainya. Saya pernah mendengar daripada orang lain dan Ben memberitahu saya ia sukar, ia memerlukan banyak kerja keras."

Sumber: Bang

Tiada ulasan: