Rabu, 3 Februari 2010

Keith Richards perokok tegar


Pemain gitar kumpulan Rolling Stones, Keith Richards telah meninggalkan tabiat minum minuman keras, tetapi menolak untuk berhenti merokok

Keith Richards enggan berhenti merokok.

Pemain gitar legenda kumpulan Rolling Stones yang terkenal dengan sikapnya suka berpoya-poya dilaporkan berhenti minum minuman keras beberapa bulan lalu akibat faktor kesihatan, bagaimanapun menolak untuk mendengar taklimat perubatan mengenai bahaya merokok.

Seorang rakannya berkata: "Keith tidak dapat memulakan harinya tanpa menghisap sebatang rokok. Merokok adalah satu-satunya tabiat buruk Keith kini dan dia enggan berhenti."

Keith, 66, sebelum ini telah diberi amaran oleh para doktor bahawa gaya hidup 'rock 'n' roll' nya menjejas kesihatannya selepas dia terjatuh daripada sepohon pokok palma di Fiji empat tahun lalu, yang mengakibatkan pendarahan dalam otaknya.

Dia juga dikatakan menjadi murung kebelakangan ini disebabkan oleh nasib yang menimpa Ronnie Wood, seorang pemain gitar di mana Ronnie telah dimasukkan ke pusat pemulihan ketagihan alkohol untuk kali kelapan pada hujung minggu.

Sumber itu menambah: "Prestasinya bertambah baik selepas berhenti minum arak tetapi dia telah menjadi seorang perokok tegar sejak remajanya dan dia masih belum bersedia untuk melepaskan tabiat tersebut."

Keengganan Keith untuk berhenti merokok, malahan pada tempat awam dan tertutup, melanggar arahan larangan merokok di sesetengah negara, telah menaikkan kemarahan pihak berkuasa tempatan, dan mencemarkan nama baik kumpulan Rolling Stones. Keith mendakwa tabiat itu merupakan sebahagian daripada persona pentasnya dan dengan itu dia sepatutnya dibenarkan untuk menentang perundangan ketat.

Keith mengecam larangan merokok dan menyifatkan ia sebagai suatu tindakan drakonian.

"Mereka akan menghentikannya. Mereka pernah cuba untuk melarang minum arak dan lihat apa yang terjadi. Ia telah memusnahkan Amerika."

Sumber: Bang.

Tiada ulasan: