Isnin, 1 Februari 2010

Sengatan terakhir Scorpions


Nampaknya kumpulan rock veteran Scorpions akan menyengat untuk kali terakhir, dan aku harapkan sengatan terakhir ini benar-benar berbisa.

Ini kerana kumpulan rock yang aku minati sejak berada di bangku sekolah sejak akhir-akhir ini kelihatan seperti sudah tidak mampu untuk menyengat lagi. Tidak seperti di waktu-waktu lampau, di mana lagu-lagu seperti Still Loving You, Rock You Like a Hurricane, Life's Like a River, Blackout, Virgin Killer, No One Like You dan Wind of Change menjadi ikon dan trademark kepada peminat-peminat dan pemuzik rock.

Scorpions mengumumkan mereka akan bersara daripada dunia muzik setelah pelancaran album terbaru mereka Sting in the Tail pada awal tahun 2010. Ini diikuti dengan konsert jelajah mereka yang juga merupakan konsert jelajah terakhir bagi kumpulan Scorpions.

Bagi aku, album Crazy World yang dikeluarkan pada tahun 1990 merupakan album Scorpions yang masih berbisa, namun album seterusnya Face the Heat pada tahun 1993 agak kurang menyengat. Dan kemudian nama Scorpions seolah-olah tenggelam dengan kumpulan-kumpulan rock seangkatan seperti Metallica dan kebangkitan band-band generasi baru seperti Linkin Park dan sebagainya.

Tiada ulasan: